Saturday, July 31, 2010

ENGGAK MAHU BAGI TAJUK
aku enggak mahu bagi tajuk untuk entry aku kali ni..hahhahaa
sekarang ni aku tengah siapkan report untuk praktikal yang perlu dihantar pada 1 september ni....memang la lambat but aku tak suka buat kerja last minute ni nak-nak melibatkan xment aku tak suka.....huhuhuhu
sangat penat dan sangat fenat itulah luahan aku untuk laptop kesayangan aku ni...waaaaaaa~
sangat letih wokey....saat ini la malas nak kuar pergi situ and sini...
sebab aku memang jenis yang tak suka melepak okewy...hahhahahhaa angkat bakul sendiri okey....

sambil aku duk fikir nak tulis apa lam report aku tu..sambil-sambil tu aku amik my BRUKBAND cucuk kat my pink laptop okew....hahahhahaha sambil menyelam minum air...aku pun bukak la facebook la...blog la...youtube la...cari cerita and movie baru-baru...boleh aku promote kat rakan-rakan lain....
aku suka drama thailand aku tak tahu kenapa walaupun tak ada sari kata aku still melayan dengan khusyuk..."sawadikap" huhuhu
sedang aku duduk mengoline serta mncari bahan(bahan ke) untuk xment..aku paling takut sekarang tentang editing aku tak tahu kenapa...waaaa....
memang la nampak cam senang payah babe......waduh gi mana ni....
orang lain dah siap task 3...mnggu ni dah masuk task 4...waduhhh.....bikin payah ni....waaaaa...
ok la aku blah dulu dari entry ini...adious
by : anna ruxanna renxi (AUSTIN TEXAS)
MY HEART IS A SECRET

hahahhaa....rahsia hati saya tiada orang tahu
rahsia diri saya tiada orang tahu....

hahahhahhaahari ini my tajuk is MY HEART IS A SECRET
maybe aku selalu berahsia tentang hati dan perasaan aku...
maybe aku malas nak membicarakan tentang hati dan perasaan aku...
maybe aku rimas untuk tahu isi sebenar hati aku....

maybe jugak aku malas untuk mempersoalkan tentang itu...
hati....buat sakit hati....
hati juga membinasakan kita...
mungkin kita pandai bercakap tapi hakikatnya hati sahaja yang mengetahuinya...

hanya hati jugaklah yang mengetahui rahsia hati kita
hati kita jugakla harus dijaga supaya tidak berfikiran negatif
hati jugakla pemusnah segala-galanya....
kerana hati jugala membuatkan seseorang itu JATUH CINTA....
kerana hati jugakla manusia mempunyai sifat hasad dengki...
kerana hati sahaja yang mengetahuinnya....
so MY HEART IS A SECRET...


motippp..cantik tak tulisan aku..wakakkaka

by : anna ruxanna renxi (AUSTIN TEXAS)


Friday, July 30, 2010

NOVEL

ok...ok ni aku nak promote novel ni...novel ni TOP 1O ok...if korang nak cari aku syorkan yang ni...ni kawan aku acik yang tolong usha ok...so aku bantu kamu untuk mencari novel yang hangat dari biasa supaya kamu tidak menyesal selepas membeli..ok....


KUTEMUI CINTA


TANPAMU DISISI

OK...itu sahaja dua buah buku novel yang TOP 10 untuk bulan ini....semoga anda memilikinya denga segera....sesiapa yang pengemar novel macam aku ni akan menjadi milik kesayanganku la...hahhaha ok la...byee...adious...

by : anna ruxanna renxi (AUSTIN TEXAS)


Aku anak yang paling banyak fi'il
anak yang paling degil
anak yang paling gedik
aku sayang ayah ngan mak aku sampai mati dan hingga hujung dunia...muahhhh <3

by : anna ruxanna renxi (AUSTIN TEXAS)
AKU CINTA DIA

ya aku sungguh cinta dia....wow...wow...korang sume jangan salah sangka...ayat di atas aku tidak tuju kepada sesiapa pun....hahahahha ok...kalau korang semua nak tahu ni tajuk novel ok..aku baru habis baca....AKU CINTA DIA karya SHARIFAH ABU SALEM...ok la no bad la tapi sad endingla wey..buat aku geram seh...adoyai..cerita dia cam tergantung...banyak persoalan yang perlu dirungkai...tapi banyak pengajaran dari cerita ni....

emm..aku story sikit eh...

Dania, gadis kota yang liar,mengandung anak luar nikah. Akibatnya papanya Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya Datin Kay terpaksa melarikan Dania ke pusat perlindungan Wadi Safiyyah dimana tempat ini merupakan tempat perlindungan untuk gadis yang bermasalah dan sosial......

untuk selanjutnya dapatkan di kedai buku berhampiran...ok...adios...

by :: anna ruxanna renxi (AUSTIN TEXAS 0111AM)

AIR MATA

sob...sobb...waaaaaa....sedih ni...dah nak dekat bulan puasa ni....hukhukhuk
dah tiga tahun aku puasa kat perantauan ni...waaaaaa...macam tak pernah kan...macam aku duk kat luar negara....huhuhuhuhu
walaupun dekat aku akan merasa sedih....sebab apa aku mesti teringat kat mak and ayah aku....mak ayah aku pun mesti ingat kat aku kan...waaaaaaaaaa.....

mesti ayah mak aku makan besh2 tu masa bulan pose aku...waaaaaaaaaaa....tak mo cakap....sobsob...(sambil kesat air mata)...
masa sahur mesti mak aku kejut...waaaaaaa....kat sini semua wat sendiri....mesti bising dengar satu rumah dengar suara mak aku..al-maklumkla mak aku tegas tapi sporting tu yang aku paling suka....hahahahha

waa..time berbuka aku la yang paling sibuk duduk sebelah ayah aku..wakkakakak mahu bodek jew aku ni.......adik aku dah blah kat depan sambil berbuka tengok tv....apa punya orang daa...tapi aku pun join jugak 2 kaki...huhuhu
waaa.....rindu nak sahur kat umah......nak berbuka kat umah....aku selalu balik dekat raya......sebab busy...huaaaaaaaaaaaa.......sedih...sobsob....

dari dulu aku takpernah raya kat rumah aku sendiri selalu balik kampung mak aku.....syok gila raya kat sana...korang tahu sebab apa?????
sebab aku dapat duit raya banyakkkkkk daripada orang lain...aku selalu disebut la...femes babe aku kat kampung mak aku ni....wakakakkaa....jumpa aku mesti nak peluk-peluk ni....hahahhaha syok gila aku....macam tak pernah jumpa aku 100 tahun tapi thanks to all...tapi raya kali ni raya kat rumah sendiri dah jarang balik kampung sebab nenek aku dah meninggal..waaaaaaaa lagi sedih sebab apa-apa aku mesti mintak kat nenek aku ni.....nak duit aku mintak ngan dia mmg besh la....waaaaaaa semoga roh mu tenang disana...

waaaaaa.....aku mahu pulang...ni aku tengah siapkan lagu sempena bulan ramadhan....khas untuk keluarga tercinta....muahhhhhhhhhhhh <3>

Thursday, July 29, 2010

MY SONG~LYRIC

ini adalah lirik lagu aku reka...dikala tengah bosan
mempersempahkan ::

MIMPI

mimpi adalah kunci
kebahagian…untuk dirimu
yang suci…
mimpi…jadi reality
kan ku dongakan
hingga kau merasa puas…
mimpi adalh fantsasi
yang membawamu kesyurga..
mimpi yang indah akan ku
semat dalam jiwaku
berlarilah…berjalan hingga
hujung dunia…
mimpi yang indah akan ku ulang hingga akhirnya
bahawa cintaku hanya untukmu…..
mimpi adalah anugerah
yang indah yang akan
aku bawa…
KORUS
mimpi….
adalah reality yang membawa aku ke syurga…
ohhhhhh..mimpi akan ku
semat dalam jiwaku yang suci..
ohhhhhhh
mimpi adalah fantasi yang membawa hingga syurgaaaaa…
ohhhh
mimpi mainan yang seringku bawa
hingga ke angkasa….

CREDIT TO : NOORAKMAL NOORDIN
FIJAH ISMAIL
NOR FATIHAH ISMAIL

by :: anna ruxanna renxi (AUSTIN TEXAS 2249)
GERAMMMMMMM

geram..dan geram..handset aku wat hal..sangat geram...dan terus
gerammmmmmmm..
aku terima semua mesej lambat....
geram.....di saat aku urgent handset buat hal......
gerammmmmmm
dengan keadaan handset aku....

tapi itu bukan handset aku....
itu handset adik bongsuku....
syawal renxi......
geraaaammmmmm....

jangan disoal handset aku kemana
sebab????
handset aku kena curi.....
geraaaammmmm
dengan manusia yang kejam....

so...sampai sekarang aku tak beli
handset baru....
sebab...
aku seorang yang saving duit....
aku malas nak tukar handset baru...
cukupla dengan keprihatinan adikku
menghulurkan sebuah handset...
yelaa...dia nak buat apa dengan handset
tu kan....

geraaaammmmm....
handset yang lagi satu juga
aku pinjam dari adik aku
lukman....
juga rosak....
kalau dia tahu tak ke mampus
aku kena bebel dengan dia...
aduhhhhhh...
cam mana ni.....
geraaaammmmmmmm
kan tak pakai tepon payah plak aku....
aduh...ni nak buat aku pakai public phone jew ni...ngeeeeeee

aku ada usha dekat nokia centre...
nak tengok handset baru sekali aku tengok fuh....
C6...aku memang suka handset tu...
tapi kalu aku cakap kat ayah
aku...sah-sah kena bebel...
aduh.....aku nak bangun pagi pun payah ni....
gerammmmmmmm

aku balik kampung memang kena ciluk yang adik aku
satu lagi....waaaaaa...
al-maklumla aku nak beli sendiri kedekut duit...
beratus bagi aku macam dah berapa juta...
tak mo aku...wat kejew bodoh macam tu...
waaaaa...gerammmmmmmmmm

by :: anna ruxanna renxi

Wednesday, July 28, 2010

NOVEL


ya..aku kaki novel…

aku kaki baca buku novel…dunia aku hanya pada buku sahaja..tiada dunia lain….hanya buku novel sahaja…


ramai cakap aku jiwang…ayat aku semua jiwang…tapi hanya dalam penulisan…realitinya aku hanya seorang yang kaku dan pendiam…aku hanya ramah pada orang yang aku sudah biasa sahaja….aku bukan sombong untuk bertegur sapa dengan orang tapi aku tidak tahu memulakan perkenalan….

aku memang suka duduk dirumah membaca dan membaca….ramai cakap aku skema…skema aku pun yang penting aku tak kacau orang…aku tak suka orang ganggu privasi aku…aku sangat menyampah pada insan yang hipokrit….aku benci manusia yang hipokrit….

kawan-kawan aku cakap aku seorang happy go-lucky…ya…memang sebab aku senang untuk ketawa dan bergelak ketawa…..aku senang untuk berkawan dengan semua orang.......sebab aku memang suka mengenali semua orang….

aku sanggup kumpul duit untuk beli novel….sekarang ni aku sudah ada berapa buah novel….aku akan membaca dikala bosan atau penat menelaah pelajaran sebab dari situ aku mendapat inspirasi untuk belajar…

novel adalah segal-galanya bagi aku…

kawan aku adalah buku….

aku tidak boleh hidup tanpa buku…

aku memang suka belajar teori sahaja secara prktikalnya aku tidak boleh lakukan sebab aku seorang manusia yang hanya tertumpu kepada teorinya sahaja….

yang penting AKU SEORANG KAKI NOVEL

by : anna ruxanna renxi (AUSTIN TEXAS, 22:52PM)

Sunday, July 25, 2010


TUTUP

bila sebut pasal tudung jew pasti ada yang tersenyum dan ada juga yang buat muka pelik…kat sini aku bukan nak jual tudung…aku memang minat bussines tapi nak jual menda-menda gini aku memang tak berapa suka sikit sebab leceh…aku suka tengok budak kecik pakai tudung nampak comel dan baik jew….kalau nak ikutkan peredaran masa sudah mengajar kita erti pemakaian mengikut sahsiah yang betul…so kanak-kanak sekarang ni masih kecil sudah mengenakan tudung….kalau nak ingatkan balik aku memang agak lambat dalam pakai tudung masa umur aku 18tahun baru betul-betul aku pakai tanpa bukak-bukak lagi yang penting keikhlasan dalam diri dan mengikut ajaran yang disuruh oleh Al-Quran amiin…huhuhu bukan nak berceramah tapi kadang-kadang kita perlu ingatkan diri kita jugak….so bila aku keluar kemana-mana sahaja lihat budak kecik yang berumur 3 atau 4 tahun dan ke atas..aku duk fikir bagus pulak budak ni pakai….bayangkannla umur macam tu payah nak suruh diaorang pakai…sedangkan aku yang tua Bangka ni pun liat…ahahhahahhahahhahaha….aku dulu masa keluar ngan member yang rata-ratanya pakai tudung pun malu duduk dengan diaorang sebab apa aku sorang jew yang rock and roll wakakkakakaka…..so sekarang ni masa mengubah serta mengajar kita benda yang sepatutnya diikuti setiap manusia haruslah mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah amin…huhuhuhuhu sejuk ayah ngan mak aku dengar….ehehhehehhehehehe…..ok la korang aku chow dulu bukan apa banyak kerja aku nak kena buat ni..tapi sempat pulak aku berblog ni kan…..hahahhaha just untuk tatapan anda semua…..adios…..muahhhhhhhhhhhhhhh

bertudung cara yang betui....ngeeeehhh

indie fesyen....hahhahah

i love indie...sebab suka hati aku nak pakai macam mana..hahahah


Friday, July 23, 2010

KAU LAKSANA BULAN

wah...begitu hebat status aku...ngeeee
kalau korang perasan kat TV2 drama KAU LAKSANA BULAN
korang jangan lupa tengok taw sebabnya aku yang berlakon..wkakakakkakaka
tak ada la aku nak cakap ni cerita tu best gila...
dia adaptasi dari novel KAU LAKSANA BULAN
so thats why aku suruh korang tengok....hhehehhe
penulis novel dia AINA EMIR dan penulis skrip jugak orang yang sama
so sebab tu best...jangan lupa tengok taw...promote gitu...hahhaha
cerita dia memang best serius aku tak tipu kalau korang pengemar novel
korang mesti akan rasa something bila baca...so bila dah di visual lagi akan
nampak benda tu nampak best...wah memang aku budak filem la...kahkahkah...
al-maklumla aku kan gila wayang, gila movie, gila buku novel...hahahhaha
nak-nak bila novel dia dah jadi cerita memang aku takkan
melepaskan peluang ni....
ok la...korang aku penat sebenarnya baru balik dari "berjimba" hahahahha
syok aku karok sampai tarak ada suara..
aku cakap kat ayah aku kenapa dulu tak jadi penyanyi jew...
hahahahhaha perli baik punya....
k...korang last dari aku....


Ku merasa kehilangan itu perit
kadang-kadang manusia umpama boneka
yang tidak tahu arah tujuan
manusia juga boleh diumpama seperti
seorang pelakon yang gah di pentas teater
menurut kehendak pengarah yang memberi arahan....

kadang-kadang manusia perlu bertindak mengikut akal
setiap akal yang dikurniakan gunakan
dia dengan baik, kelak dia akan
membinasakan kita....

got sweet from bro khairul mestica
thanks...yummmy and sweettttttttt

Tuesday, July 20, 2010

GARA-GARA LAGU SHAHIR

hahahahha...ni aku nak story the m0ry sikit...betapa malunya aku ngan kawan-kawan aku...
nak dijadika cerita semasa aku duk lam kereta tiba-tiba member aku bukak la radio...
kedegaran lagu di radio...before ni aku ngan kawan aku duk bukak siaran FLY FM...kedengaran suara HUNNY MADU sebagai dj...tapi kali ni lain plak...
kawan aku buka chanel apa entah...pastu ada satu lagu ni....
lagu dari SHAHIR iaitu dari juara AKADEMI FANTASIA
so dalam duk dengar..member aku ni duk nyanyi-nyanyi...
aku boleh ngan muka selamba aku cakap tak pernah dengar pun lagu ni...
hahahahhaha

member-member aku semua pusing dekat aku...
diaorang cakap habis la...lagu hot kot sekarang ni...
mana aku nak tahu...so aku buat selamba jew....
aku nak ingat bait-bait kata pun payah kot....
aish!!!aku pun tak tahu apa masalah aku....waaaaaaaaa
saat itu aku dengar HOT FM...sajew nak tahu lagu melayu yang paling hot...
hahahhaha...ni semua gara-gara lagu Shahir...huhuhuhuhu

Sunday, July 18, 2010




GAMPANG!!

GAMPANG kah aku jika aku seorang yang keras kepala
jahat kah aku jika aku suka wat hal sendiri
kejam kah aku jika aku memang suka filem
gilakah aku jika aku peminat setia music barat
bodohkah aku jika aku memang aku tak tahu langsung
pasal lagu melayu.....
kadang-kadang aku malu bila orang bertanya aku tentang lagu melayu
yang hot sekarang ni...
aku cuma tahu..lagu mat salleh jew....
aku memang fanatik WESTLIFE...
masuk pertandingan kat sekolah pun
pasal english....
so.......
buang duitkah jika
aku pengumpul setia novel melayu


hahahhaha...tapi senang jew bagi aku....

aku akan buat benda yang aku suka
aku takkan buat benda yang aku tak suka
jika sesuatu benda yang aku tak suka memang cibai la aku buat
aku memang tak suka dipaksa
dalam erti kata lain aku seorang yang memberontak
aku memberontak dengan menggunakan psiko....
so dalam erti lain aku seorang yang baik dan skema...hehheheheheheh

Saturday, July 17, 2010

KAWAN-KAWAN

emmmmmmmmm...bila sebut pasal kawan pasti koramg semua merengus...ada jugak yang gembira...
ni aku nak citew pasal kawan-kawan aku ni.....and komen-komen diaorang pasal diri aku.....ok kita lihat ya.....
GEMI said
*cool
*sombong
*suka emo tiba-tiba
*menarik and ada pesona sendiri (bodek)
*jual mahal*keras hati
*tak suka couple
*nak cari bakal suami doktor jew..hahhaha
*pendengar yang baik
*happy go lucky


NADIA said
*gila kamera
*gila gambar*tak cerewet
*memilih
*suka karok
*happy go lucky
*suka bercakap

NINIE said
*pendengar yang setia
*seorang yang busy
*suka baca orang
*memahami
*friendly

IDA said*cute
*pndengar yang baik
*memahami
*friendly
LEO said
*pandai politik
*sombong
*hati keras macam tembok cina
*nak bagi kepala beruang jika aku tak khwin ngan doktor
*memahami
*happy go lucky

emmmm....korang ni dalam banyak komen sombong yang paling banyak..cam siot jew kan...hahahhaa
walau apa pun thanksssssss to all...muaaaaahhhhhh <3



Tuesday, July 13, 2010

KERINDUAN
wa...dah lama tak update blog kan?????
al-maklumla sekarang ni aku busy dengan kuliah...
sem ni agak berat sikit subjek yang aku kena ambik...kesedihan disitu....huhuhu
tapi aku selalu update facebook...sebab apa senang nak berhubung dengan korang...hahahha
subjek aku ambik sem ni semuanya best....semua pasal filem...waaaaaaaaa
aku memamng suka ar...
sem ni aku ambik subjek
writing the theatre musical
screen editing
diploma showcase
diploma report
nampak macam sikit tapi pecah kepala woiii!!!!!!!
dahla aku kena research nak kena buat skrip lepas tu shooting...
aku pikir nak buat citew ala-ala cam filem khabir bahtia tapi nampak macam klise sangat kan...
mesti orang cakap tak habis-habis nur kasih....so aku nak tukar kasih ruxanna...wakakakkakkaa
tetibe....
ok la....aku nak chow dulu sebab sat lagi aku ada kelas....
so jom kita berfacebook....tadaaaaaaa

Thursday, July 1, 2010

SESAT~

aku rasa akula manusia yang paling sesat di antara kawan-kawanku...
aku la paling tak berapa pandai....kawanku ramai yang sudah menjadi
doktor, peguam, engineer dan sebagainya...
ada juga yang berjinak-jinak dengan dunia politik...
aku memang sesat....
sesat dia antara mereka yang bijak pandai...
aku cuma seorang pelajar biasa..yang selalu merendah diri
tiada apa yang di banggakan...
aku bukanla doktor, bukanla peguam dan sebagainya...
kadang-kadang aku merasa cemburu dengan bijak pandai mereka...
tapi mungkin ada hikmah di sebaliknya kan??????



paris~